Muzakarah




- Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana
cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya
dapat ditilik melalui hati dan perasaan.



- Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih
untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana
sahaja kamu berada.



- Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan
cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.



Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

   

<< March 2021 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31





Kau dan Aku

Kau dan Aku . . . . .
Adakah seikhlas hati
Untuk saling mengingati
Untuk saling menerima dan memberi
Untuk saling maaf memaafi
Untuk saling doa mendoa
Dan…
Yang pasti
Kitakan dijemput kembali
Untuk mengadap illahi
Bersama
Secebis nilaian sillaturrahim ini
Pastinya…
Apakah kita sudah seikhlas bicara
Atau bagaimana kita???
Dan…
Esok masih ada
Namun esok itu…
Belum pasti untuk siapa!!!

Ilham rasa
-Zana-
6/5/2003 (10.20 malam)



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Nov 27, 2007
Koleksi Pantun 3

    Duduk sendiri di pantai rindu

Lembayung senja melarik angan

Di dalam hati kenangan berlagu

Damailah jiwa dikeluh jangan

***********

Indah bulan jauh laksana

Rindukan Pungguk bila ubatnya

Dalam petikan ada seloka

dalam seloka ada makna

***********

Laju laju perahu ke hulu

Singgah merisek di Tanjung Karang

Hati nan rindu bertambah rindu

Rindu tersiseh ditinggal orang

***********

Air pasang limpah ke pasar

Tanam pinang kelapa mati

Di manalah tuan belajar

Pandai mencari isyarat hati?

***********

Segunung intan limpah dihati

limpah seroja berkati kati

tiada kelas belajar isyarat hati

hanya gerak hati yang aku pasti

***********

Bintang tujuh sinar berseri

Bulan purnama datang menerpa

Ajaran guru hendak dicari

Mana yang dapat janganlah lupa

***********

Anak enggang di kayu tinggi

Patah ranting terbanglah ia

Anak dagang tak lama di sini

Sampai musim pulanglah ia

***********

Hujan turun badan pun basah

Patah galah haluan perahu

Niat dihati tak mahu berpisah

Kehendak Allah siapa yang tahu?

***********

Biru-biru langit yang cerah

Suasana senja meminggir sepi

Rindu-rindu datang menerpa

Kemana resah diusir pergi?

***********

Burung merbuk membuat sarang

Anak enggang meniti di paya

Tembaga buruk di mata orang

Intan berkarang di hati saya

***********

Anak ruan tidak terluang

Benang sutera di dalam buluh

Hendak buang tidak terbuang

Sudah mesra di dalam tubuh

***********

Buah berangan masaknya merah

Kelekati dalam perahu

Luka di tangan nampak berdarah

Luka di hati siapa tahu?

***********

Banyaklah orang menanam pulut

Saya seorang menanam padi

Banyaklah orang karam di laut

Saya seorang karam di hati

***********

Anak buaya terenang-renang

Anak kunci dalam perahu

Hanya saya terkenang-kenang

Orang benci saya tak tahu

***********

Apa guna padi bukit

Padi dibendang menabur bunga

Apa guna hati sakit

Mati bertikam termasyhur lama

***********

Orang Aceh sedang sembahyang

Hari Jumaat tengah hari

Pergilah kasih pergilah sayang

Pandai-pandailah menjaga diri

***********

Fikir memikir sama lawak

Jangan dibawa ke Tanjung Jati

Sindir menyindir sesama awak

Jangan dibawa masuk ke hati

***********

Jauh sayup merenung kejora

sedang bintang bersinar gemilang

resah gelisah hati bergelora

menanti purnama berkunjung datang

***********

Apa yang ada pada pertemuan

jika madu tiada manisnya

apa yang ada pada perpisahan

Jika hempedu tiada pahitnya

***********

Hijau nampaknya Bukit Barisan

Puncak Tanggamus dengan singgalang

Terbang nyawa dari badan

Kasih di hati takkan hilang

***********

Sirih kuning di batang pauh

Sayang beluluk beruang-ruang

Putih kuning carilah jodoh

Saya buruk biar terbuang
***********

Bulan merah di balik tabir

mengintai pungguk dipohon semalu

resah ku arah jauh ke pinggir

agar disini ceria selalu

**********

semalam satu memori

esok satu yang tidak pasti

hidup adalah di saat ini

Moga pandai mengatur diri

**********

gerak gempur gegak gempita

hujan lebat di pagi hari

kenangan datang tanpa dipinta

kenangan hilang tidak dicari

***********

Tenang-tenang air di muara

Ombak gelora di landa gelombang

Kenang-kenang dalam bicara

Tidak dilupa masa bersenang

***********

bukan hulu sebarang hulu

hulu bersalut emas suasa

bukan rindu sebarang rindu

rindu dendam bersalut dijiwa

***********

Antara huma dengan bendang

Tengah-tengah lalang berbunga

Sekian lama rindudidendang

Entah manakah penghujungnya

***********

Laju menular Ke Tanjung Api

Tanjung Api arah ke Gunung

Rindu menjalar ke dusun sepi

Mengunjung gadis sedang termenung

***********

Tumbuh merimbun buah mengkudu

Orang mengambil penuh sebaldi

Pinggiran dusun gadis menunggu

Sambil mengail ikan di kali

***********

Diredah paya tanpa berteman

air ditepuk bunga berterabur

apakan daya sudah suratan

dimasak tak empuk digiling tak hancur

***********

itik serati berenang-renang

ditabur padi oleh cik nyonya

walaupun mewangi bunga berkembang

hilang seri layu akhirnya

***********

santan diperah ikan diasam

bedok dipalu hari dah rembang

jika tanah tempat bertanam

mengapa dedalu tumbuh menumpang

***********

Pungguk bertenggek atas pokok

sambil menyanyi lagu nan merdu

rindu ku pesan di bayu berpupuk

Ku titip salam di laut yang biru

***********

Bertenggek di dahan si helang hitam

Mencari arah meninjau pandang

Rindu ditahan sayang dipendam

Kecamuk sukma jauh melayang

***********

Makan sireh berulas pinang

Sambil menunggu durian masak

Digendung kasih digalas sayang

Kenapa rindu sering mendesak ?

***********

Padi menghijau di negeri Kedah

bendang bersih tiada berlalang

Rindu terdesak waktu berpisah

Bila bertemu rindu pun hilang

***********

Meredah lalang antara padi

pohon kemumu di tepi bendang

Dapatkah hilang rindu di hati

Saat ketemu dengan tersayang

***********

Pohon gaharu berdahan cendana

Celahan redup merendang sireh

Melihat rindu terpancar di dada

Adakah sanggup berkorban kasih

***********


Posted at 01:36 am by zana1830
Make a comment  

Apr 5, 2006
Koleksi Pantun 2

Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi

Sudah dapat gading bertuah

Tanduk tidak berguna lagi

**********

Dua paya satu perigi

Seekor bujuk anak haruan

Tuan di sana saya di sini

Bagai pungguk rindukan bulan

**********

Gesek rebab petik kecapi

Burung tempua membuat sarang

Apa sebab jadi begini

Karam berdua basah seorang ?

**********

Hendak gugur gugurlah nangka

Jangan menimpa putik pauh

Hendak tidur tidurlah mata

Jangan mengenang si dia yang jauh

**********

Kain batik negeri seberang

Dipakai anak Tanah Melayu

Apa ertinya kasih dan sayang

Kalaulah abang berjanji palsu

**********

Pantai Cendering pasirnya putih

Anak dagang berulang mandi

Apa disesal orang tak kasih

Sudah suratan diri sendiri

**********

Disana pauh di sini pun pauh

Daun mengkudu ditandungkan

Adinda jauh kekanda jauh

Kalau rindu sama tanggungkan

**********

Pulau Tinggi terendak Cina

Nampak dari Pulau Sibu

Abang pergi janganlah lama

Tidak kuasa menanggung rindu

**********

Putik pauh delima batu

Anak sembilang di tapak tangan

Tuan jauh di negri satu

Hilang di mata di hati jangan

**********


Posted at 08:02 pm by zana1830
Make a comment  

Apr 4, 2006
Koleksi Pantun ...

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

**********

Tetak buluh panjang suluh

Mari jolok sarang penyengat

Angkat doa jari sepuluh

Doa minta biar selamat

**********

Tuailah padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intailah kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

**********

Hendak dulang diberi dulang

Dulang berisi sagu mentah

Hendak pulang ku beri pulang

Tinggalkan pantun barang sepatah

**********

Lancang kuning lancang pusaka

Nampak dari Tanjung Puan

Kalau kering laut Melaka

Barulah saya lupakan tuan

**********

Asam kandis mari dihiris

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Lebih manis hati budinya

**********

Ayam hutan terbang ke hutan

Tali tersangkut pagar berduri

Adik bukan saudara bukan

Hati tersangkut kerana budi

**********

Ayam rintik di pinggir hutan

Nampak dari tepi telaga

Nama yang baik jadi ingatan

Seribu tahun terkenang juga

**********

Bila memandang ke muka laut

Nampak sampan mudik ke hulu

Bila terkenang mulut menyebut

Budi yang baik ingat selalu

**********

Burung Serindit terbang melayang

Mari hinggap di ranting mati

Bukan ringgit dipandang orang

Budi bahasa rangkaian hati

**********

Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di pohon kayu

Bukan sembah sebarang sembah

Sembah adat pusaka Melayu

**********

Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di rumpun buluh

Bukan sembah sebarang sembah

Sembah menyusun jari sepuluh

**********

Laksamana berempat di atas pentas

Cukup berlima dengan gurunya

Bagaikan dakwat dengan kertas

Sudah berjumpa dengan jodohnya

**********

Membeli papan di tengah pekan

Papan kecil dibuat tangkal

Mengapa umpan ikan tak makan

Adakah kail panjang sejengkal

**********

Rumah limas anjung Selatan

Bunga kemuning tumbuh di laman

Tangkainya emas bunganya intan

Bolehkah ranting hamba patahkan

**********

Tumbuh betik di tepi laman

Pokok berangan pokok teruntum

Sungguh cantik bunga di taman

Bolehkah gerangan petik sekuntum

**********

Asam kandis asam gelugur

Ketiga asam si riang-riang

Menangis mayat di pintu kubur

Teringat badan tidak sembahyang

**********

Baik-baik menanam selasih

Jangan menimpa sipohon sena

Baik-baik memilih kekasih

Jangan sampai badan merana

**********

Baik-baik mengail tenggiri

Takut terkena siikan parang

Baik-baik merendah diri

Jangan menjadi hamba orang

**********

Bintang tujuh sinar berseri

Bulan purnama datang menerpa

Ajaran guru hendak dicari

Mana yang dapat janganlah lupa

**********

Buah mangga melendur tinggi

Buah kuini berangkai tiga

Hidup kita tidur dan mati

Sudah mati baru terjaga

**********

Buat bangsal di Pulau Daik

Menahan taut sambil mengilau

Kalau asal benih yang baik

Jatuh ke laut menjadi pulau

**********

Budak-budak bermain tombak

Tombak diikat dengan rantai

Kalau takut dilambung ombak

Jangan berumah di tepi pantai

**********

Halia ini tanam-tanaman

Ke barat juga akan condongnya

Dunia ini pinjam-pinjaman

Akhirat juga akan sungguhnya

**********

Hari panas mencucuk benang

Benang menjahit baju kebaya

Air jernih lubuknya tenang

Jangan disangka tiada buaya

**********

Kalau tahu peria tu pahit

Tidak ku gulai dengan petola

Kalau tahu bercinta tu sakit

Tidak ku mulai dari semula

**********

Kalau tuan pergi ke Kelang

Belikan saya semangkuk rojak

Jangan diturut resmi kiambang

Sungguhpun hijau akar tak jejak

**********

Pisang kelat digonggong helang

Jatuh ke lubuk di Indragiri

Jika berdagang di rantau orang

Baik-baik menjaga diri

**********

Asap api embun berderai

Patah galah haluan perahu

Niat hati tak mahu bercerai

Kehendak Allah siapa yang tahu

**********

Air dalam bertambah dalam

Hujan di hulu belumlah teduh

Hati dendam bertambah dendam

Dendam dahulu belumlah sembuh

**********

Anak punai anak merbah

Hinggap ditonggak mencari sarang

Anak sungai lagikan berubah

Inikan pula hati orang

**********

Apa guna pasang pelita

Jika tidak dengan sumbunya

Apa guna bermain kata

Kalau tidak dengan sungguhnya

**********

Buah kuini jatuh tercampak

Jatuh menimpa bunga selasih

Biar bertahun dilambung ombak

Tidak ku lupa pada yang kasih

**********

Kajang tuan kajang berlipat

Kajang hamba mengkuang layu

Dagang tuan dagang bertempat

Dagang hamba terbuang lalu

**********

Buah jambu disangka kandis

Kandis ada di dalam cawan

Gula madu disangka manis

manis lagi senyuman tuan

**********

Dari Arab turun ke Aceh

Naik ke Jawa berkebun serai

Apa diharap pada yang kasih

Badan dan nyawa lagi bercerai

**********

Bunga Melati terapung-apung

Bunga rampai di dalam puan

Rindu hati tidak tertanggung

Bilakah dapat berjumpa tuan

**********

Burung Merak terbang ke laut

Sampai ke laut mengangkut sarang

Sedangkan bah kapal tak hanyut

Inikan pula kemarau panjang

**********

Bunga Melur kembang sekaki

Mari dibungkus dengan kertas

Di dalam telur lagi dinanti

Inikan pula sudah menetas

**********

Dalam perlak ada kebun

Dalam kebun ada tanaman

Dalam gelak ada pantun

Dalam pantun ada mainan

**********

Dari Jawa ke Bengkahulu

Membeli keris di Inderagiri

Kawan ketawa ramai selalu

Kawan menangis seorang diri

**********

Dari teluk pergi pangkalan

Bermain di bawah pohon kepayang

Saya umpama habuk di papan

Ditiup angin terbang melayang

**********

Daun selalsih di Teluk Dalam

Batang kapas Lubuk Tempurung

Saya umpama si burung balam

Mata terlepas badan terkurung

**********

Orang Melayu naik perahu

Sedang berdayung hujan gerimis

Hancur hatiku abang tak tahu

Mulut tertawa hati menangis

**********

Orang tani mengambil nipah

Hendak dibawa ke Indragiri

Seluruh alam ku cari sudah

Belum bersua pilihan hati

**********

Pasir putih di pinggir kali

Pekan menyabung ayam berlaga

Kasih tak boleh dijual beli

Bukannya benda buat berniaga

**********

Ribu-ribu pokok mengkudu

Cincin permata jatuh ke ruang

Kalau rindu sebut namaku

Airmata mu jangan dibuang

**********

Kalau roboh kota Melaka

Sayang selasih di dalam puan

Kalau sungguh bagai dikata

Rasa nak mati di pangkuan tuan

**********

Limau purut lebat di pangkal

Batang mengkudu condong uratnya

Hujan ribut dapat ditangkal

Hati yang rindu apa ubatnya

**********

Kalau menyanyi perlahan-lahan

Dibawa angin terdengar jauh

Rindu di hati tidak tertahan

Di dalam air badan berpeluh

**********

Ku sangka nanas atas permatang

Rupanya durian tajam berduri

Ku sangka panas hingga ke petang

Rupanya hujan di tengahari

**********

Kayuh perahu sampai seberang

Singgah bermalam di kampung hulu

Bukan tak tahu dunia sekarang

Gaharu dibakar kemenyan berbau

**********

lembing atas tangga

perisai atas busut

kening atas mata

misai atas mulut

**********

anak ikan dipanggang sahaja

hendak dipindang tidak berkunyit

anak orang dipandang sahaja

hendak dipinang tiada berduit

**********

saya tak hendak berlesung pauh

lesung pauh membuang padi

saya tak hendak bersahabat jauh

sahabat jauh merisau hati

**********

burung serindit terbang melayang

singgah dihinggap di ranting mati

duit ringgit dipandang orang

jarang dipandang bahasa budi

**********

batu sangkar batu berpahat

terpahat nama raja bestari

makanan arif, kias ibarat

pantun seloka, ulam jauhari

**********

daun durian jatuh tercampak

lopak-lopak isi selasih

tujuh tahun dilambung ombak

tiada kulupa hati yang kasih

**********

Anak Cik Siti mencari tuba

Tuba dicari di Tanjung Jati

Di dalam hati tidakkan lupa

Bagai rambut tersimpul mati

**********

Limau purut di luar pagar

Rimbun putik dengan bunganya

Hujan ribut padang terbakar

Embun setitik padam apinya

**********

Puas saya bertanam ubi

Nanas jugak dipandang orang

Puas saya menabur budi

Emas juga dipandang orang

**********

Tenang-tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

rindu kini tiada penghujung

***********
Tinggi-tinggi pohon jati

Tempat bermain simanja sayang

Sungguh tinggi harga budi

Budi dibalas kasih dan sayang

**********

Bunga Tanjung kembang semalam

Pohon tinggi tidak berduri

Gelombang besar di laut dalam

Kerana Tuan saya kemari

**********

Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan

**********

Dari mana hendak ke mana

Tinggi rumput dari padi

Hari mana bulan mana

Dapat kita berjumpa lagi

**********

Padi ini semumba-mumba

Daun kurma daun cempedak

Macam mana hati tak hiba

Entah bertemu entah tidak

**********

Permata jatuh ke rumput

Jatuh ke rumput berbilang-bilang

Dari mata tidakkan luput

Dalam hati tidakkan hilang

**********

Akar keladi melilit selasih

Selasih tumbuh di hujung taman

Kalungan budi jujungan kasih

Mesra kenangan sepanjang zaman

**********

Ayam rintik di pinggir hutan

Nampak dari tepi telaga

Nama yang baik jadi ingatan

Seribu tahun terkenang juga

**********

Anak beruk di tepi pantai

Pandai melompat pandai berlari

Biar buruk kain dipakai

Asal hidup pandai berbudi

**********

  Kiri jalan kanan pun jalan

Tengah-tengah pohon mengkudu

Kirim jangan pesan pun jangan

Sama-sama menanggung rindu

**********

Mendung si mega mendung

Mendung datang dari utara

Jangan selalu duduk termenung

Kalau termenung badan merana

**********

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat

Rapat lagi pohon jati

Kawan beribu mudah didapat

Sahabat setia payah dicari

**********

Pokok terap tumbuh di bukit

Belat berbanjar panjang ke hulu

Jangan diharap guruh di langit

Kilat memancar hujan tak lalu

**********

Sampan kotak hilir mudik

Dayung patah galah sebatang

Ikhtiar tidak datang menggolek

Akal tidak datang melayang

**********

Siti Wan Kembang perintah Kelantan

Nama termasyhur zaman dahulu

Baik-baik memilih intan

Takut terkena kaca dan batu

**********


Posted at 07:07 pm by zana1830
Comments (8)  

Feb 5, 2006
Mutiara 7 ...

KATA HIKMAT SAHABAT

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya, maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseu ngguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya. Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,sesungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita, kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,ke miskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang berakal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

KATA HIKMAT SAUDARA

Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.

Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan persaudaraan.

Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.

Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.

Hiduplah dengan persaudaraan.

Saudara yang besar menjadi pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara yang lelaki menjadi pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.

Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan, alamat suatu keluarga yang runtuh.

Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.

KATA HIKMAT SEDERHANA

Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.

Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhanaan. Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat,sederhana memulai atau menjawab.Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.

KATA HIKMAT SENYUM DAN TAWA

Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Dengan senyum, kemanapun kita pergi bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini. Semuanya dapat diatasi.

Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.

Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.

Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembang.

Jangan tertawa melihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Bicaranya ...ialah senyum.

Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirasakan hari panas.

Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.

Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.

KATA HIKMAT TAKUT

Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.

Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu adalah perangai nafsu yang hina.

Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.

Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apbila telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.

Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya.Dukacita timbul kerana mengenangkan sesuatu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut.

Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyera h sebelum berjuang.

Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat. Demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.

Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral, sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.

Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.

Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.

Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin ketiak tua,maut pada usia muda,buta setelah melihat,dilupakan orang yang disanjungi.

KATA HIKMAT USAHA DAN KERJA

Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.

Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.

Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku.

Janganlah kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.

Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.

Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada meminta-minta.

Penderitaan, kesusahan, kesengsaraan, kegagalan dan kekecewaan, sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.

Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya,berusa halah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.

Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada meminta-minta.

Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri (Hadis)

Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik.

Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh agama.

Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.(hadis).

Marilah kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka)

Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu Zain)

KATA HIKMAT MASA

Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.

Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.

Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.

Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. Apbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,m aka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.

Bertangguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)

Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.

Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).

Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)

Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,mengahbiskan masa yang tidak perlu.

KATA HIKMAT HARTA

Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)

Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.

Jauhilah kebinasaan iaitu syirik, sihir, bunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.

Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.

Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.(Hamka)

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir (Hamka).

Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sanagat dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.

Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.

Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.

Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.

Harta benda yang baik untuk orang yang baik.

Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang.

Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.

Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.

Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta. Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil.

Harta benda amat perlu. Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji. Sedang zakat haji adalah dua daripada lima rukun Islam.

Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.

Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.

Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.

Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.

Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).

Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.

Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.


Posted at 09:17 pm by zana1830
Make a comment  

Jan 19, 2006
Mutiara 6 ...

Kata hikmat Agama 
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu 
menuju kebenaran yang mutlak.
Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.
Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka)
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju 
daripada yang sudah-sudah. Disamping kejahatan yang
bermaharajalela, keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.
Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak 
mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak 
merosak jiwa. Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa
selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah 
membanding dan menimbang. ( Hamka).
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu 
enggan mendekati suatu yang tercela.
Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
(Hamka).
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.
Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan
bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu,
yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang 
termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama
mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).
Kata hikmat Akal. 
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib). 
Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin,
bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia
berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
(ulama).
Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ). 
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat
daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.
( Lukmanul Hakim ).
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka 
ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia 
berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib). 
Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ). 
Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan 
manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).
Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu 
manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.
Ia perlu dituntun. ( Hamka).
Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.
Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri
berfikir,merenungkan nya. ( Hamka).
Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal 
menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh
mengelamun,berangan- angan,tetapi akal menyuruh menimbang.
( Hamka ).
Kata hikmat anak. 
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.
Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya
seperti mereka juga. ( Hamka).
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.
Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu.
( maksud hadis ).
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 
tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan
anak yang soleh mendoakannya.
( Maksud hadis)
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai 
besar. (pepatah Melayu).
Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,
kerana dia tupuan harapan,
maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan
hidupnya. ( Hamka).
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,
senyum yang sebenarnya senyum,
senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
kata hikmat bahagia. 
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan
menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi 
kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
( saidina Ali Abi Talib).
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi 
kekayaan
adalah bahagia. ( Hamka ).
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada 
orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada 
berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya
yang lebih. ( maksud hadis).
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri 
sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa 
anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda
dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan 
beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan
mempelajarinya.
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan 
dan khidmat kepada orang lain.
Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang
dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu
atau iri hati terhadap mereka.
Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang 
pengalaman-pengalama n yang menggembirakan
daripada pengalaman-pengalama n yang membawa duka nestapa.
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.
Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira
setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.
Kata hikmat Bahasa Hati 
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
(pepatah Melayu)
Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,
nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu.
( Peribahasa Arab ).
Dalam seni bahasa kita, adalah kunci; 
kata-kata itu yang harus diperhatikan.
Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris.
(Hamka)
Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,
menambah kata-kata bahasa,beerti menumbuhkan fikiran bangsa.
Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)
Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa). 
 Kata hikmat Baik 
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa) 
Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. 
(Marsekal Foch).
Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. 
( maksud hadis).
Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.
(maksud hadis).
Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. 
(Francis Becon).
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita,
itulah yang terbaik. (Hamka).
Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan 
yang baik untuk melaksanakannya.

Kata hikmat Bangsa
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran
Ilahi.
Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang 
memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.
Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.
yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.
Mengapa mahu dijajah?
Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah
telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).
Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya. 
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.
Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan.
(Andre Colin ).
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab 
dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu
juga sebaliknya. Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa.
( maksud hadis).
Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin 
bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.
Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang
ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .
Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan
pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan budak-budak.
(sejarahwan)
"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian 
daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami
bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal
di antara satu sama lain.
Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki.
( Maksud ayat al-Quran 49:13)
 
Kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China) 
Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan 
menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang 
kebenaran, tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga.
(Hamka)
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron) 
Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. 
(Chamberlain)
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. 
(hadis)
Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.
Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu
tidak memperolehi keuntungan yang banyak.
(Saidina Ali)
Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu). 
Benar akan menang. 
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri. 
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. 
(peribahasa Tibet).
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa 
yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).
Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi 
hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).
Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan
tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran. Adapun musuh
yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah
hawa-nafsu yang menyebabkan marah dengki (hamka).
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak
dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu.
( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.
( Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka). 
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang
lemah (Hamka).
 
Kata hikmat kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. 
(peribahasa Melayu)
Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.
Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.
(Jean Jacques Rousseau).
Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,
kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.
(peribahsa China).
Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati. 
Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.
(peribahasa Inggeris).
Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab). 
Kalau bekerja dianggap menyusahkan,menggang gur merosakkan.
(peribaha sa Arab).
Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.
(peribahasa Arab).
Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,
maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.
(imam Al Ghazali).
Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil 
dalam dunia ini.(pendeta).
Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi). 
Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,
tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.
Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan
untuk mengejar kesenangan. Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).
Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa 
daripada sebarang gangguan, itulah orang yang bahagia.(zaid)
Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,
di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi
kekeliruan itu.(Beng Cu).
Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.
kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,
pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.
(saidina Ali).
Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,
tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,
nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,
serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).
Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,
hendaklah biasakan hidup melarat,
sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.
Tetapi kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri
dan bangsamu, hendaklah engakau biasakan bersikap tabah
menempuh perjuangan.(Voltaire ).
Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat
taat dan tunduk kepadanya, maka rakyat pula mempunyai hak atas
pemerintah, yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.
(Muhammad Abduh).
Kalu hendak memperbaiki karangan, adakan peraturan dalam fikiran.
(buffon).
Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh 
dalam karangan, menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).
Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan 
kesabaran.(Horatius) .
Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang 
sebenar, itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.
Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,
jika kamu berada di tengah orang ramai,
jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,
jaga perangaimu.(Lukmanul hakim).
Jika nasihat orang gila itu bagus,
orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Ham ka).
Jikalau orang perlu kawan,
dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,
soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)
Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,
sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,
aku akan terus berbicara,
sekalipun pedangmu itu akan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada 
hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.
(Umar Al Khatab).
Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,
lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.
Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,
tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.
Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita. 
Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi. 
Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,
orang sihat akan memikirkan wangnya.
Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu. 

Kata hikmat Keindahan.
 Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,
buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan
dengan pengarangnya.
Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri. 
Hasad dengki menghilangkan keindahan,
baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.
Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.
Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu 
dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri
seseorang.
Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek. 
Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,
menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.
Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya
atas dirinya.
Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.
Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,
semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid.
Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.
Tetapi jangan berlebih-lebihan.
Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah 
Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,
dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana
di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.
Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan. 
Perhiasan adalah barang indah.
Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.
Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang kasar,
jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,
setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.

Kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,
supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya
dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan 
masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya
sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.
Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian 
kepada nabi Isa adalah tentang;
Filsafat  Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.
Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut 
masai, tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.

Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,
meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat. 
Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas 
orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan
orang lain terhadap dirimu.
Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan 
menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan
dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari
tempat-tempat yang busuk.
Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa;
melepaskan anjing yang tersepit.
Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau 
difitnah.
Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,
pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang
bersifat jahat.
Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah
diri sendiri
telah melakukan kejahatan yang amat keji.
Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan. 

Kata hikmat jangan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,
tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan 
orang-orang yang tidak kita sukai.
Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,
nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan
orang yang penyantun, nanti dia benci padamu.

Kata hikmat Cita-cita
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita. 
Orang yang bercita-cita dab berazam besar,
selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.
Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar
suatu cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia,
kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,
perjalananan ya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang
banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang
dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan 
yang besar
dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,
kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam

gerak langkah perjalanan hidupnya
menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di 
dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih
sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,
melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.

Posted at 10:04 pm by zana1830
Make a comment  

Jan 18, 2006
Mutiara 5 ...

MUTIARA KATA KHALIL GIBRAN  (1833-1931)

           

KATA TERINDAH

Kata yang paling indah di bibir umat manusia adalah kata 'Ibu', dan panggilan paling indah adalah 'Ibuku'. Ini adalah kata penuh harapan dan cinta, kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati.

 

SAHABAT SEJATI

Tidak ada sahabat sejati yang ada hanya kepentingan.

           

PERSAHABATAN

Persahabatan itu adalah tanggungjawaban yang manis, bukannya peluang. 

 

SULUH HIDUP

Tuhan telah memasang suluh dalam hati kita yang menyinarkan pengetahuan dan keindahan; berdosalah mereka yang mematikan suluh itu dan menguburkannya ke dalam abu. 

           

PENYAIR

Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata. Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.

 

Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu. 

 

Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

 

SUARA KEHIDUPANKU

Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

 

KEINDAHAN KEHIDUPAN

Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian  adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu.

           

Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.

 

PERPISAHAN

Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.

 

RUMAH

Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar.

 

PUISI

Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum. 

 

NILAI

Nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya.

 

PENDERITAAN

Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran- seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah.

           

Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan.

 

Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri - ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.

 

SAHABAT

Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

 

SIKAP MANUSIA

Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.

 

DUA HATI

Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar. 

 

HUTANG KEHIDUPAN

Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.

 

INSPIRASI

Inspirasi akan selalu bernyanyi; kerana inspirasi tidak pernah menjelaskan. 

 

POHON

Pohon adalah syair yang ditulis bumi pada langit. Kita tebang pohon itu dan menjadikannya kertas, dan di atasnya kita tulis kehampaan kita.

 

FALSAFAH HIDUP

Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan . Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.

           

KERJA

Bekerja dengan rasa cinta, bererti menyatukan diri dengan diri kalian sendiri, dengan diri orang lain dan kepada Tuhan. 

 

Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu ? Bagaikan menenun kain dengan benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya kelak. 

 

LAGU GEMBIRA

Alangkah mulianya hati yang sedih tetapi dapat menyanyikan lagu kegembiraan bersama hati-hati yang gembira. 

 

KEBEBASAN

Ada orang mengatakan padaku, "Jika engkau melihat ada hamba tertidur, jangan dibangunkan, barangkali ia sedang bermimpi akan kebebasan." Kujawab,"Jika engkau melihat ada hamba tertidur, bangunkan dia dan ajaklah berbicara tentang kebebasan."

           

ORANG TERPUJI

Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian, dan tetap diam bila tertimpa fitnah.

 

BERJALAN SEIRINGAN

Aku akan berjalan bersama mereka yang berjalan. Kerana aku tidak akan berdiri diam sebagai penonton yang menyaksikan perarakan berlalu. 

 

DOA

Doa adalah lagu hati yang membimbing ke arah singgahsana Tuhan meskipun ditingkah oleh suara ribuan orang yang sedang meratap.

 

PENYIKSAAN

Penyiksaan tidak membuat manusia tak bersalah jadi menderita: penindasan pun tak dapat menghancurkan manusia yang berada di pihak Kebenaran: Socrates tersenyum ketika disuruh minum racun, dan Stephen tersenyum ketika dihujani dengan lemparan batu. Yang benar-benar menyakitkan hati ialah kesedaran kita yang menentang penyiksaan dan penindasan itu, dan terasa pedih bila kita mengkhianatinya.

      

KATA-KATA

Kata-kata tidak mengenal waktu. Kamu harus mengucapkannya atau menuliskannya dengan menyedari akan keabadiannya. 

           

BICARA WANITA

Bila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa; tetapi jika seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya. 

            

KESEDARAN

Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan di situlah terletak kehormatan dan pahalaku. 

           

ILMU DAN AGAMA

Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar. 

            

NILAI BURUK

Alangkah buruknya nilai kasih sayang yang meletakkan batu di satu sisi bangunan dan menghancurkan dinding di sisi lainnya. 

 

CINTA

Salahlah bagi orang yang mengira bahwa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad. 

           

CINTA

Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

 

CINTA 

Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.

 

CINTA 

Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat- hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.

           

CINTA

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang

 

ATAS NAMA CINTA

Jangan kaukira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.

 

CINTA YANG BERLALU

Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati; tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan; atau yang lain mengejarnya, untuk berbuat jahat atas namanya

           

CINTA  LELAKI

Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan.

 

TAKDIR CINTA 

Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan, sejak pertama kulihat engkau. Aku tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.

 

CINTA PERTAMA

Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan membuatnya begitu bahagia di sebalik kepahitan yang penuh misteri.

           

LAFAZ CINTA 

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

           

LAFAZ CINTA 

Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan

           

KALIMAH CINTA 

Apa yang telah kucintai laksana seorang anak yang tak henti-hentinya aku mencintai... Dan, apa yang kucintai kini... akan kucintai sampai akhir hidupku, kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai... dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya

 

CINTA DAN AIRMATA

Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.

 

WANITA

Seorang wanita telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatau kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan. 

           

BANGSA

Manusia terbahagi dalam bangsa, negara dan segala perbatasan. Tanah airku adalah alam semesta. Aku warganegara dunia kemanusiaan.

 

KESENANGAN

Kesenangan adalah kesedihan yang terbuka bekasnya. Tawa dan airmata datang dari sumber yang sama. Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan 

 

WARISAN

Manusia yang memperoleh kekayaannya oleh kerana warisan, membangun istananya dengan yang orang-orang miskin yang lemah.

 

RESAH HATI

Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia akan bisa memperolehinya kembali?

 

JIWA

Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta... terus hidup... sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan.

           

LUAHAN

Setitiss airmata menyatukanku dengan mereka yang patah hati; seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan... Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan... dari aku hidup menjemukan dan putus asa

           

LAGU KEINDAHAN

Jika kamu menyanyikan lagu tentang keindahan, walau sendirian di puncak gurun, kamu akan didengari. 

           

DIRI

Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia. 

 

TEMAN MENANGIS

Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu. 

           

PEMAHAMAN DIRI

Orang-orang berkata, jika ada yang dapat memahami dirinya sendiri, ia akan dapat memahami semua orang. Tapi aku berkata, jika ada yang mencintai orang lain, ia dapat mempelajari sesuatu tentang dirinya sendiri.

 

HATI LELAKI

Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki; tapi sangat sedikit yang mampu memilikinya. 

 

PENULIS

Kebanyakan penulis menampal fikiran-fikiran mereka yang tidak karuan dengan bahan tampalan daripada kamus.

           

HARTA BENDA

Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan kepuasan yang berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri nestapa membuka jiwanya.

 

OBOR HATI

Tuhan telah menyalakan obor dalam hatimu yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan; sungguh berdosa jika kita memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.

 

KESEPIAN

Kesepianku lahir ketika orang-orang memuji kelemahan-kelemahanku yang ramah dan menyalahkan kebajikan-kebajikanku yang pendiam. 

           

KEABADIAN PANTAI

Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, Air pasang bakal menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih.  Namun lautan dan pantai akan tinggal abadi.

 

MEMAHAMI TEMAN

Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.

 

MANUSIA SAMA

Jika di dunia ini ada dua orang yang sama, maka dunia tidak akan cukup besar untuk menampung mereka.

 

KEBENARAN

Diperlukan dua orang untuk menemui kebenaran; satu untuk mengucapkannya dan satu lagi untuk memahaminya. 

 

NYANYIAN PANTAI

Apakah nyanyian laut berakhir di pantai atau dalam hati-hati mereka yang mendengarnya? 

 


Posted at 11:49 pm by zana1830
Make a comment  

Nov 30, 2005
Mutiara 4 ...

“Seorang ahli jiwa berpendapat bahawa cuma sedikit sahaja manusia yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan, tetapi banyak yang berdaya hidup dengan sebaik-baiknya.”

 

Saidina Ali Abi Talib pernah berkata : “ Kemuliaan hidup dicapai dengan akal dan adab, bukan keturunan dan bangsa.”

 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.  Al-A’raaf : 201

 

Rasulullah s.a.w bersabda;

“Tiap pagi ada dua Malaikat berseru; hati-hatilah lelaki daripada wanita dan berhati-hatilah wanita daripada lelaki.”

 

Rasulullah s.a.w bersabda;

“Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan lunak jenaka pada keluarganya dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kepada isterinya (keluarganya).” Riwayat Attirmidzi

 

“Apabila engkau membaca A-Quran, kami adakan dinding yang mnutup antara engkau dan antara orang-orang yang tiada beriman kepada akhirat.” Al-Israak : 45

 

“Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada tiada dapat menembus bumi dan tidak akan sampai engkau setinggi gunung.” Al-Israak : 37

 

“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di Akhirat (nanti) dia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). Al-Israa’ : 72

 

“Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari menetapkan perhitungan (waktu berhisab).” Ibrahim : 41.

 

“…Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan Ku-reda Islam itu menjadi agama bagimu…” Al-Maidah : 3

 

Rasulullah s.a.w bersabda;

“Sukakah aku beritakan kepadamu orang yang diharamkan masuk neraka? Jawab sahabat; Tentu ya Rasulullah.”  Bersabda Rasulullah s.a.w ; “Neraka itu haram atas tiap orang yang lunak, ramah, lapang dada dan mudah baik hubungannya.”

 

“dan apabila kamu ditimpa bahaya lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru, kecuali Dia, maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih. Al-Isra’ : 67

 

Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sebaik-baik umatku ialah mereka yang apabila dilihat langsung teringat kepada Allah, dan sejahat-jahat umatku orang yang berkeliaran menyebar fitnah dan memisahkan antara kekasih (saudara), orang yang gemar menuduh jahat terhadap orang yang tidak bersalah.”

 

Kehidupan seseorang lelaki tidak akan sempurna tanpa wanita disisinya. Wanita di balik tabir kejayaan suami ini dipanggil isteri atau permaisuri dalam mahligai keluarga. Peranan para isteri memang tidak dapat dinafikan

dalam menentukan kejayaan suami.

 

“Selain dari ibu bapa, guru harus diberi kehormatan yang utama dan penghargaan yang sewajarnya.

Tanpa guru yang membimbing kita memasuki ke alam ilmu pelajaran, kita akan hanyut seperti layang-layang yang putus talinya.”

 

…. Kesulitan akan bertambah jika dihitung-hitung, tetapi akan lenyap setelah ianya tidak dipedulikan.


Oleh itu Awas!!!!!!!!!

 

 


Posted at 09:46 pm by zana1830
Make a comment  

Mutiara 3 ...

 

q     Cinta ALLAH cinta yang tidak luntur dan abadi, Cinta selainnya cinta yang luntur dan berakhir.

 

q     Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua urusan.

 

q     Banyak orang kenal diri orang tapi tidak kenal diri sendiri, sebab itu orang sibuk memikirkan kecacatan orang lain daripada kecacatan diri sendiri.

 

q     Sebaik-baik perkataan ialah apa yang sedikit tetapi berisi.

 

q     Adil sesaat itu adalah lebih baik daripada beribadat 60 tahun lamanya yang malamnya berisi dengan solat malam dan siangnya dengan ibadat puasa.

 

q     Bunga yang kembang dan cantik itu jarang wangi.

 

q     Sopan santun seseorang itu lebih beharga dari perhiasan emasnya.

 

q     Nyatakan yang benar sekalipun pahit.

 

q     Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan, masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.

 

q     Pandangan mata selalu menimpa, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hatilah yang hakiki kalau hati itu bersih.


Posted at 08:50 pm by zana1830
Make a comment  

Mutiara 2 ...

Renunglah sejenak…..

 

Sesungguhnya “Dunia hanya tempat menanam”

 

  • Kalaulah engkau sedar akan mati, Engkau akan bersedia untuk hidupnya.

 

  • Jika engkau tahu negara abadi itu, Tidak akan ada usaha ikhtiar lagi. Nescaya engkau akan berusaha di dunia ini, Disana kamu makan hasilnya.

 

  • Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba, mungkin hidup besok belum tahu lagi.. Nescaya urusan tuhanmu tidak ada penagguhan.

 

  • Jika kamu belum tahu apakah syurga dan neraka itu tempatmu, Nescaya tidak ada masa untuk kamu ketawa, Nescaya kamu akan bermandi dengan air mata.

 

  • Jika kamu kenal diri mu sendiri, tidak akan sempat melihat kesalahan orang lain, betapa pun untuk menceritakannya.

 

  • Jika kamu tahu tiap-tiap haram itu neraka padahnya, Yang halal itu akan diperiksa. Nescaya kamu akan berzuhud di dunia ini.

 

  • Jika kamu tahu penderitaan akhirat. Nescaya penderitaan didunia ini tidak menyusahkan kamu.

 

  • Jika kamu tahu betapa nikmatnya syurga itu, kamu tidak akan terpesona dengan nikmat ini.

 

Ingatlah “sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah (nantinya) akan dikembalikan”

 

Oleh itu, aturlah langkah seribu takwa kerana hari esok mungkin tidak secerah yang disangka

 

Wallahua’alam

 

-Zana-




Posted at 07:43 pm by zana1830
Make a comment  

Nov 29, 2005
Mutiara 1 ...

Mahkota kemanusiaan... ialah rendah diri..Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan.. bukan pada manisnya ucapan dibibir.. tetapi terletak pada ingatan sesaorang terhadap saudaranya didalam doanya. - Al-Ghazali

 

Dalam kesusahan jangan lupa pengharapan.. dalam kesenangan jangan lupa tujuan. – Zahid

 

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.. orang yang suka menghina orang lain.. dia juga akan dihina.. orang yang menyintai akhirat.. dunia pasti menyertainya.. barangsiapa menjaga kehormatan orang lain.. pasti kehormatan dirinya akan terjaga. - Umar bin Khattab

 

Ketinggian iman itu ialah... sabar kerana hukum Allah.. dan rela dengan takdir Allah.. - Abu Darda'

 

Bertambah luas akal.. bertambah luaslah hidup.. bertambah datanglah bahagia.. Bertambah sempit akal.. bertambah sempitlah hidup.. bertambah datanglah celaka. – Hamka

 

Berterimakasihlah atas kebaikan orang kepadamu... dan balaslah ia.... serta doakanlah kesejahteraannya. – Zahid

 

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya.. siapa yang banyak salahnya.. maka hilanglah harga dirinya.. siapa yang hilang harga dirinya.. berarti dia tidak wara'.. sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati. - Saiyidina Ali bin Abi Talib

 

Kebahagiaan sejati tidak pernah kelihatan oleh mata.. kerana kebahagiaan sejati itu terletak pada jiwa. – Hukamak

 

Jauhilah sifat hasad.. kerana sifat hasad itu memakan kebaikan seperti kayu kering dimakan api..- Maksud Hadith

 

Kabahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih lebihan.- Al-Ghazali

 

Orang yang bersifat ikhlas itu.. adalah orang yang riang gembira.. selalu menghargai barang yang ada dan tidak menyerah barang yang tiada. - Abul Islami

 

Bahagia adalah tunduk dan patuh mengikut garisan garisan yang ditentukan Allah dan peri kemanusian. - Ibnu Khaldum

 

Keburukan adab dan akhlak itu suatu kejahatan yang tidak bermanafaat sedikitpun dengan perbuatan baik..- Yahya bin Muaz

 

Adil dalam pergaulan ialah.. menghindarkan lengah dan lalai..- Hamka

 

Semulia mulia manusia ialah.. orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi.. memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik Marwan

Ikhlas itu membersihkan amal dari kotor kotoran..- Al-Junid

Usahlah bimbang jika diri anda tidak dihargai.. akan tetapi anda perlu bimbang jika diri anda tidak berharga lagi..- Hukamak

Pada dasarnya segala yang kita lihat.. kita dengar.. dan kita pelajari adalah.. untuk ilmu dan ibadah. - Al-Ghazali

Dada orang yang berakal itu.. ialah peti rahsianya..- Saiyidina Ali Abi Talib

Orang yang beriman berada dalam masjid ibarat ikan didalam air.... sedangkan orang yang munafik berada didalam masjid ibarat burung dalam sangkar. - Maksud hadith

Kebencian tidak dapat dimusnahkan dengan kebencian.. melainkan dengan kasih sayang. - Hukamak

Cinta yang sejati ialah.. cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan.. dan tidak berkurangan kerana kesalahan. - Yahya bin Mua'dz

Iblis enggan sujud kepada Adam lantaran kesombongannya.. barangsiapa yang sombong.. maka dia adalah sahabat Iblis. - Abul Islami

Orang yang tidak menyukai ilmu.. tidak ada kebaikan padanya. - Imam Syafie

Menuntut ilmu adalah taqwa.. menyampaikan ilmu adalah ibadah.. mengulang ngulang ilmu adalah dzikir.. mencari ilmu adalah jihad. - Al-Ghazali

Gelap hari kerana malam.. gelap mata kerana buta.. gelap otak kerana tidak berilmu.. gelap hati kerana tidak beragama.. gelap kehidupan kerana lemah ekonomi. - Cendikiawan

Biasakanlah bersedekah.. dan janganlah mengharapkan balasan... dari sedekahmu itu.. kecuali rahmat Allah. - Zahid


Posted at 09:44 pm by zana1830
Make a comment